Showing posts with label Coret-coret. Show all posts
Showing posts with label Coret-coret. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran

Dari desa hendak ke kota,
Sana sini salam di lata;
Terkhilaf laku terlanjur kata,
Salam dihulur maaf dipinta

Buat.... Ayah dan Bonda, abang-abang dan kakak-kakak, ipar duai, sahabat-sahabat, anak-anak murid, dan semua umat Islam, hamba mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin....

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Sudah 24 purnama (1 tahun) saya menyibukkan diri di blog ini. Entah berapa banyak blog yang saya tinggalkan untuk rakan-rakan meneruskannya saya pun hampir lupa. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat semua, mudah-mudahan amalan kita pada bulan ini makin bertambah serta keimanan kita akan semakin menebal. Buat anak saudara saya yang baharu kehilangan cahaya mata (8 Ogos 2010) saya ucapakan takziah. Semoga tabah mengahadapi dugaan ini.

Sunday, June 13, 2010

Bila Ribut Melanda





13 Jun 2010, Hari ini saya menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu isteri saya di JB... hujan lebat menyambut kehadiran kami sekeluarga di bandaraya ini. Dalam perjalanan balik kesabaran menguji diri disebabkan kesesakan jalan raya bermula dari Pelaza Angsana hinggalah ke MBJBT. Ingatkan ada kemalangan yang berlaku rupa-rupanya lampu jalan tumbang disebabkan hujan dan angin kencang, lebih kurang 5 lampu jalan tumbang disebabkan perkara tersebut. Nasib baik tiada mana-mana kenderaan yang menjadi mangsa.. Tahniah juga kepada MBJBT yang pantas bertindak membersihkan kawasan tersebut dan syukur akhirnya kami selamat sampai ke Pt Raja... 

Tuesday, May 18, 2010

Album Lama

Di Air Terjun Gabai Bersama-sama Teman Sepenyewaan
di rumah Pakcik Mahmud Semasa Belajar di UPM.


Tahun Pertama di UPM (Kolej ke 6 - 204 Salak)


Dulu ke Kuliah berbasikal sahaja.
(Falkulti Pendidikan)

Semasa di SMK Ayer Baloi (Kelas 3 Segar - 1991)

Di SMK Ayer Baloi (Kelas 5 Maju - 1993)

Di SMK Benut (6 Rajin - 1995)

Saya Pun Pernah Menjadi Petani Juga.

Bila Dah Berkerjaya - Pantai Pasir Lanun

Sesekali menyelak album lama terimbau kenangan semasa sekolah dan kurus dulu. Kawan-kawan mati-mati tidak percaya yang saya dulu pernah kurus. Sekarang ni pun bukan besar mana ha ha ha...

Sunday, November 15, 2009

Program Promosi Keselamatan Makanan di Sekolah Negeri Johor 2009

Pameran Produk Halal & Haram

Persembahan oleh Dafi


Upacara Perasmian



Pada Sabtu (14 November 2009) saya telah diminta mewakili PIBG SMKSL untuk menghadiri Seminar Keselamatan Makanan di Sekolah Negeri Johor 2009 di SRJK(C) Chong Hwa 2. Banyak maklumat yang diperoleh dalam memastikan wujud membudayakan amalan kesihatan makanan yang baik di kalangan warga sekolah. Selain itu seminar ini diharapkan kumpulan sasar seperti pengusaha kantin dan dewan makan asrama mempunyai kemahiran dalam aspek-aspek keselamatan makanan selain dapat mengenal pasti ciri-ciri amalan kesihatan makanan yang baik.

Antara acara yang diadakan ialah pertandingan mewarna, ceramah kesihatan makanan, ceramah kebersihan makanan berdasarkan konsep HALAL dan persembahan artis undangan iaitu Dafi. Seminar ini telah dirasmikan oleh Dr. Zabedah binti Baharudin. Turut hadir ialah wakil rasmi Pengarah Pelajaran Negeri Johor dan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Tn. Hj. Saharudin Sahrif.

Thursday, November 12, 2009

Cuti Akhir Tahun (dah cuti dulu budak-budak ni)


Cuti akhir tahun hanya akan bermula 21 November ini tetapi kepada sesetengah pelajar, mereka sudah hilang minat ke sekolah dan berpakat untuk ponteng atas alasan kehadiran mereka tidak lagi penting.

Selamba berpakaian seragam dengan ada di antaranya masih memakai tali leher, mereka keluar rumah dengan menipu ibu bapa kononnya untuk ke sekolah agar diberi wang saku sedangkan destinasi sebenar ialah melepak bersama rakan-rakan di kompleks membeli-belah.

Tembelang mereka terdedah semalam apabila 178 pelajar termasuk sembilan perempuan dari beberapa sekolah menengah ditahan dalam operasi 'Ponteng, Jom ke Sekolah' oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Keramat bersama polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Hasil soal siasat yang dijalankan, seorang pelajar memberi alasan yang dikongsi ramai di kalangan kumpulan itu bahawa mereka ponteng kerana di sekolah tidak ada lagi aktiviti pembelajaran.

"Buat apa pergi sekolah, sekarang pun bukan belajar lagi. Lagipun kami bukan buat apa-apa salah, kami cuma duduk makan di kedai,'' katanya.

Para pelajar terbabit mendakwa pihak sekolah tidak mengatur aktiviti untuk mereka kerana sudah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun selain tumpuan guru kini lebih kepada persediaan sekolah menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula 19 November ini.

Namun bagi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Keramat, Mohd. Najib Abdul Rahman, alasan itu tidak boleh diterima.

Petikan KOSMO

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran

Dalam kesempatan ini saya & keluarga ingin menghulurkan sepuluh jari memohon ampun & maaf seandainya ada terkhilaf dimana-mana. Mudah-mudahan ukuwah persaudaraan ini terus utuh sampai bila-bila.

Dari desa hendak ke kota,

sana sini salam dilata;

andai terlanjur laku terkhilaf kata,

salam dihulur maaf dipinta.

Maaf Zahir & Batin

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52


Buat pejuang kemerdekaan, terima kasih atas kemerdekaan ini...

Saturday, August 22, 2009

Sikap oh sikap...

Beberapa hari yang lepas saya berulang alik ke sebuah hospital di daerah ini untuk melawat saudara terdekat yang dimasukkan ke wad akibat demam yang keterlaluan. Hampir 11 hari juga beliau ditahan di wad, kebetulan wabak influenza H1N1 tengah merebak. Sesak sungguh wad yang menempatkan saudara saya, sehingga di tengah-tengah ruang wad juga ditempatkan pesakit.
Bukan wabak tersebut dan kesesakan wad yang menarik perhatian saya tetapi sikap sesetengah orang (masakan makhluk lain pula) yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata amat dikesalkan, bukan sahaja mencemarkan imej negara malah menunjukkan sikap tidak tahu bersyukur. Tempat yang sepatutnya pelanggan menyatakan pendapat dan saranan untuk menaikkan kualiti perkhidmatan dijadikan tempat membuang sampah hanya kerana ada pihak yang tidak mahu susah-susah bangun membuang sampah di tong yang disediakan yang jaraknya tidak sampai pun 10 meter. Mungkinkah itu caranya pelanggan hospital tersebut secara satiranya menyatakan perasaan dan tanggapan mereka terhadap kualiti perkhidmatan hospital tersebut.


Saya beranggapan perkara ini tidak akan terjadi seandainya pihak yang dipertanggungjawabkan melaksanakan kerja mereka, dan siapa lagi kalau bukan pekerja pembersihan. Mungkin kerana pekerja tersebut sibuk bermesyuarat ketika waktu kerja menyebabkan mereka tidak menyedari kehadiran sampah yang menyakitkan mata ini. Inilah kualiti kerja yang ditunjukkan oleh mereka yang tiada rasa cinta terhadap negara ini. Mungkinkah satu hari nanti mereka akan melakukan sabotaj terhadap hospital ini, siapa tahu....