Monday, November 23, 2009

Jamuan Akhir Tahun 3 B

Big Boss & no komen...

ada riak cemburu di wajah Nazri ... ha ha ha

entah berapa ekor ayam diorang habiskan


gadis-gadis comel 3B ... kan sopan bertudung tu.


pemangsa... kasihan ayam tu...


saya hanya dapat sudu dan segelas cawan kosong..


malu-malu konon

Zulhelmi membacakan doa makan...

23 November 2009, hari ini pelajar 3 Bestari 2009, SMKSL mengadakan Jamuan Akhir Tahun Kelas di KFC Bandar Kluang. Walaupun tidak dihadiri oleh semua ahli kelas sebab ada dia antara mereka yang sudah bekerja sambilan, namun ayam goreng yang dihidangkan tetap habis, ha ha ha... Semoga anda semua akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Jadilah anak soleh dan solehah yang mendoakan dan membahagiakan kedua ibu bapanya....

Semalam di Seri Lalang


Pada 20 November 2009 yang lalu Kelab Bilik Guru SMK Seri Lalang telah menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam di dataran Gemilang SMKSL. Berikut sebahagian daripada suasana yang sempat dirakam. (Maaflah kualiti gambar kurang memuaskan sebab dirakam menggunakan kamera telefon bimbit - kamera tertinggalah....)

Eruan Junior...

Suka dan duka...

Gadis hamper

Kak Zihan keriangan menerima hamper

Hadiah sempena 'baby' baharu

Penuh perasaan

Skill orang lama

Idin & Ibunya

Selamat berpisah Cikgu Samsiah...

Menunggu juadah ...

Cikgu Rohayati yang akan berhijrah ke kampung halaman

Otai-otai Seri Lalang

Ucapan yang ringkas dan padat

Jejaka-jejaka macho SMKSL (tengah bincang masalah negara...)

Terkenang masa lalu.. (Cikgu Selamat layan ohh Fatimah)

Thursday, November 19, 2009

Selamat Hari Lahir

Wajah-wajah Kedewasaan
'tudung ibu menjadi mangsa'

semakin dewasa...

si abang (Muhammad Faiz Daniel) turut meraikan adiknya..


'Selamat Hari Lahir Puteriku'


Pada tanggal 19 November 2008, NurFitriah Mahfuzah (cahaya kesucian terpelihara) telah selamat dilahirkan di Hospital Batu Pahat, Jam 2.32 pagi. Kini setahun telah berlalu anak gadis ini semakin meningkat dewasa, keletahnya saban hari sentiasa menggamit hati. Selamat hari lahir puteri ku, moga menjadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua orang tua mu.













Wednesday, November 18, 2009

Persiapan Jamuan Akhir Tahun

Naib Presiden & Menteri Kewangan KEBIRU
....susahnya merangka buget...

Keseronokan wajah para ibu jelas terpancar...
bukan selalu dapat begini....




Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertungkus-lumus melakukan persiapan untuk jamuan akhir tahun 20 November ini. Terima kasih banyak-banyak...

SPM Bermula

Sedetik sebelum SPM Bermula

Langkah-langkah kejayaan

Restu di saat-saat akhir..



Buat pelajar-pelajar SMKSL dan SMAPR selamat berjuang. tekad dan kesungguhan anda penting bagi mengharumkan nama sekolah. Jangan hampakan kami guru-guru anda...
Selamat berjuang sekali lagi...

Sunday, November 15, 2009

Windows 7

Baru-baru ini saya berkesempatan menaik taraf 'notebook' saya daripada Windows Vista Home Premium kepada Windows 7 yang baharu setelah menerima pakej naik taraf windows 7 daripada HP. (percuma katanya tetapi USD 20.00 terpaksa di bayar). Kira murah jugaklah berbanding harga di pasaran. Setelah hampir 3 jam menaik taraf (selesai 1 pagi - itu pun sambil tengok tv) akhirnya inilah OS Windows 7 saya yang baharu.

Untuk mengetahui tentang windosw 7 baca seterusnya.

SELEPAS sistem operasi PC Windows Vista, kini Microsoft melangkah jauh dengan melancarkan Windows 7 yang lebih mesra pengguna, canggih dan pantas. Ia dilancarkan di ibu negara baru-baru ini bersama-sama rakan niaga Intel, HP, Dell, Acer, DiGi, AMD, Asus dan Lenovo.
Sistem operasi baru ini menawarkan antara muka pengguna yang menjadikan tugas seharian lebih mudah.
Kehadiran Windows 7 di negara ini disokong oleh rakan niaga Microsoft dengan menggunakannya di dalam komputer dan perisian masing-masing.
Dengan pelbagai pilihan PC dan harga, pengguna boleh memilih yang sesuai dengan keperluan mereka daripada netbook, ultrathin notebook dan laptop kepada desktop dan mesin permainan.
Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood berkata, Microsoft Malaysia amat teruja dengan Windows 7 di negara ini dan merupakan hari yang amat bermakna bagi industri teknologi maklumat (IT).
"Windows 7 telah berada di seluruh negara dan pengalaman di PC semakin bermakna bagi pengguna seperti diimpikan ringkas, pantas, lebih responsif.
"Kami berharap pengguna di negara ini yang menggunakan Windows dan menaik taraf PC dalam masa 12 bulan ini akan menikmati apa yang dialami oleh lapan juta penguji beta," katanya semasa majlis pelancaran rasmi Windows 7 bagi Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Yasmin berkata, tiga idea besar memainkan peranan dalam pembangunan Windows 7 iaitu;

1. Bekerja seperti mana yang dikehendaki pengguna.
Pengguna mahukan komputer boot up lebih cepat dan Windows 7 mengambil masa hanya 15 saat.
Sistem operasi juga lebih responsif dan menawarkan hayat bateri lebih lama.
Dengan Windows 7, Microsoft telah menjadikan tugasan lebih ringkas, pantas, lebih responsif dan kurang sibuk.

2. Meringkaskan tugasan seharian.Peningkatan telah dilakukan kepada pemprosesan tetapi menjadikan pengkomputeran lebih mudah.
Dari Taskbar kepada ciri Snap and Shake, Windows 7 membantu pengguna melakukan apa saja dengan cara yang mudah dan pantas.

3. Menjadikan perkara baru kenyataanCiri baru seperti fungsi much-touted multitouch, PlayTo, location-aware printing dan beberapa peningkatan yang membolehkan perkara baru dilakukan.

Yasmin mengucapkan terima kasih kepada semua penguji di negara ini yang mengambil bahagian serta rakan kongsi yang menyumbangkan masa serta memberikan maklum balas sehingga menjadikan Windows 7 sistem operasi terbaik dari Microsoft.
Dalam menjadikan matlamat Windows 7 menjadikan impian sebagai kenyataan Penolong Pengarah Eksekutif Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia (NCBM), Moses Choo telah melakukan demo bagaimana sistem operasi terkini dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Pada masa yang sama, Microsoft Malaysia, Acer dan Asus mendermakan perisian dan perkakasan komputer kepada NCBM bagi membantu usaha merapatkan ruang digital di antara mereka.
Berbaloi dengan ciri yang diberikan, harga runcit Windows 7 dengan versi penuh bermula dengan RM525 bagi Home Premium, bagi Professional adalah RM855 manakala RM903 bagi Ultimate.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Windows 7 boleh layari laman sesawang www.win7.com.my/

Dipetik daripada Utusan Malaysia: 12/11/200
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Program Promosi Keselamatan Makanan di Sekolah Negeri Johor 2009

Pameran Produk Halal & Haram

Persembahan oleh Dafi


Upacara Perasmian



Pada Sabtu (14 November 2009) saya telah diminta mewakili PIBG SMKSL untuk menghadiri Seminar Keselamatan Makanan di Sekolah Negeri Johor 2009 di SRJK(C) Chong Hwa 2. Banyak maklumat yang diperoleh dalam memastikan wujud membudayakan amalan kesihatan makanan yang baik di kalangan warga sekolah. Selain itu seminar ini diharapkan kumpulan sasar seperti pengusaha kantin dan dewan makan asrama mempunyai kemahiran dalam aspek-aspek keselamatan makanan selain dapat mengenal pasti ciri-ciri amalan kesihatan makanan yang baik.

Antara acara yang diadakan ialah pertandingan mewarna, ceramah kesihatan makanan, ceramah kebersihan makanan berdasarkan konsep HALAL dan persembahan artis undangan iaitu Dafi. Seminar ini telah dirasmikan oleh Dr. Zabedah binti Baharudin. Turut hadir ialah wakil rasmi Pengarah Pelajaran Negeri Johor dan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Tn. Hj. Saharudin Sahrif.

Thursday, November 12, 2009

Hadiah Cuti Persekolahan



Buat para pelajar tingkatan 1, ada oleh-oleh untuk anda semua. Program Latihan Kendiri sempena cuti akhir semester 2009 bertujuan melestarikan kesinambungan budaya ilmu kepada para pelajar. Melalui latihan-latihan terpilih yang diberikan diharapkan para pelajar dapat memenuhi masa senggang mereka dengan perkara yang berfaedah. Latihan-latihan yang diberikan adalah berformat PMR dan peperiksaan sebenar. Hal ini bertujuan supaya para pelajar akan bersedia lebih awal dengan peperiksaan yang akan menjelang. Diharapkan para pelajar akan melaksanakan latihan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh. Latihan-latihan yang diberikan akan diperiksa dan ditandai oleh guru bahasa Melayu masing-masing. Ibu bapa pula diharapkan agar memantau dan memastikan anak mereka melaksanakan latihan yang telah diberikan. Sekian semoga anda sentiasa cemerlang dan selamat bercuti.

Cuti Akhir Tahun (dah cuti dulu budak-budak ni)


Cuti akhir tahun hanya akan bermula 21 November ini tetapi kepada sesetengah pelajar, mereka sudah hilang minat ke sekolah dan berpakat untuk ponteng atas alasan kehadiran mereka tidak lagi penting.

Selamba berpakaian seragam dengan ada di antaranya masih memakai tali leher, mereka keluar rumah dengan menipu ibu bapa kononnya untuk ke sekolah agar diberi wang saku sedangkan destinasi sebenar ialah melepak bersama rakan-rakan di kompleks membeli-belah.

Tembelang mereka terdedah semalam apabila 178 pelajar termasuk sembilan perempuan dari beberapa sekolah menengah ditahan dalam operasi 'Ponteng, Jom ke Sekolah' oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Keramat bersama polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Hasil soal siasat yang dijalankan, seorang pelajar memberi alasan yang dikongsi ramai di kalangan kumpulan itu bahawa mereka ponteng kerana di sekolah tidak ada lagi aktiviti pembelajaran.

"Buat apa pergi sekolah, sekarang pun bukan belajar lagi. Lagipun kami bukan buat apa-apa salah, kami cuma duduk makan di kedai,'' katanya.

Para pelajar terbabit mendakwa pihak sekolah tidak mengatur aktiviti untuk mereka kerana sudah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun selain tumpuan guru kini lebih kepada persediaan sekolah menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula 19 November ini.

Namun bagi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Keramat, Mohd. Najib Abdul Rahman, alasan itu tidak boleh diterima.

Petikan KOSMO

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran

Dalam kesempatan ini saya & keluarga ingin menghulurkan sepuluh jari memohon ampun & maaf seandainya ada terkhilaf dimana-mana. Mudah-mudahan ukuwah persaudaraan ini terus utuh sampai bila-bila.

Dari desa hendak ke kota,

sana sini salam dilata;

andai terlanjur laku terkhilaf kata,

salam dihulur maaf dipinta.

Maaf Zahir & Batin

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52


Buat pejuang kemerdekaan, terima kasih atas kemerdekaan ini...

Saturday, August 22, 2009

Sikap oh sikap...

Beberapa hari yang lepas saya berulang alik ke sebuah hospital di daerah ini untuk melawat saudara terdekat yang dimasukkan ke wad akibat demam yang keterlaluan. Hampir 11 hari juga beliau ditahan di wad, kebetulan wabak influenza H1N1 tengah merebak. Sesak sungguh wad yang menempatkan saudara saya, sehingga di tengah-tengah ruang wad juga ditempatkan pesakit.
Bukan wabak tersebut dan kesesakan wad yang menarik perhatian saya tetapi sikap sesetengah orang (masakan makhluk lain pula) yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata amat dikesalkan, bukan sahaja mencemarkan imej negara malah menunjukkan sikap tidak tahu bersyukur. Tempat yang sepatutnya pelanggan menyatakan pendapat dan saranan untuk menaikkan kualiti perkhidmatan dijadikan tempat membuang sampah hanya kerana ada pihak yang tidak mahu susah-susah bangun membuang sampah di tong yang disediakan yang jaraknya tidak sampai pun 10 meter. Mungkinkah itu caranya pelanggan hospital tersebut secara satiranya menyatakan perasaan dan tanggapan mereka terhadap kualiti perkhidmatan hospital tersebut.


Saya beranggapan perkara ini tidak akan terjadi seandainya pihak yang dipertanggungjawabkan melaksanakan kerja mereka, dan siapa lagi kalau bukan pekerja pembersihan. Mungkin kerana pekerja tersebut sibuk bermesyuarat ketika waktu kerja menyebabkan mereka tidak menyedari kehadiran sampah yang menyakitkan mata ini. Inilah kualiti kerja yang ditunjukkan oleh mereka yang tiada rasa cinta terhadap negara ini. Mungkinkah satu hari nanti mereka akan melakukan sabotaj terhadap hospital ini, siapa tahu....



Wednesday, August 19, 2009

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Blog ini sengaja saya bangunkan supaya dapat menyebarkan idea yang dirasakan perlu untuk pelajar-pelajar saya. Khususnya pelajar Tingkatan 3 Bestari PMR 2009

Setelah saya berhijrah ke SMKSL, blog yang telah lama saya kendalikan di SMAPR telah saya amanahkan kepada rakan seperjuangan di sana. Moga-moga blog tersebut terus memberi manfaat kepada semua.

Blog ini sebenarnya dalam usaha pembangunannya, tetapi kesibukan dan masa yang terbatas memungkinkan kelewatan blog ni disiapkan.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan semoga bulan ini kita penuhkan dengan amal.

Salam ramadhan...