Saturday, August 22, 2009

Sikap oh sikap...

Beberapa hari yang lepas saya berulang alik ke sebuah hospital di daerah ini untuk melawat saudara terdekat yang dimasukkan ke wad akibat demam yang keterlaluan. Hampir 11 hari juga beliau ditahan di wad, kebetulan wabak influenza H1N1 tengah merebak. Sesak sungguh wad yang menempatkan saudara saya, sehingga di tengah-tengah ruang wad juga ditempatkan pesakit.
Bukan wabak tersebut dan kesesakan wad yang menarik perhatian saya tetapi sikap sesetengah orang (masakan makhluk lain pula) yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata amat dikesalkan, bukan sahaja mencemarkan imej negara malah menunjukkan sikap tidak tahu bersyukur. Tempat yang sepatutnya pelanggan menyatakan pendapat dan saranan untuk menaikkan kualiti perkhidmatan dijadikan tempat membuang sampah hanya kerana ada pihak yang tidak mahu susah-susah bangun membuang sampah di tong yang disediakan yang jaraknya tidak sampai pun 10 meter. Mungkinkah itu caranya pelanggan hospital tersebut secara satiranya menyatakan perasaan dan tanggapan mereka terhadap kualiti perkhidmatan hospital tersebut.


Saya beranggapan perkara ini tidak akan terjadi seandainya pihak yang dipertanggungjawabkan melaksanakan kerja mereka, dan siapa lagi kalau bukan pekerja pembersihan. Mungkin kerana pekerja tersebut sibuk bermesyuarat ketika waktu kerja menyebabkan mereka tidak menyedari kehadiran sampah yang menyakitkan mata ini. Inilah kualiti kerja yang ditunjukkan oleh mereka yang tiada rasa cinta terhadap negara ini. Mungkinkah satu hari nanti mereka akan melakukan sabotaj terhadap hospital ini, siapa tahu....



Wednesday, August 19, 2009

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Blog ini sengaja saya bangunkan supaya dapat menyebarkan idea yang dirasakan perlu untuk pelajar-pelajar saya. Khususnya pelajar Tingkatan 3 Bestari PMR 2009

Setelah saya berhijrah ke SMKSL, blog yang telah lama saya kendalikan di SMAPR telah saya amanahkan kepada rakan seperjuangan di sana. Moga-moga blog tersebut terus memberi manfaat kepada semua.

Blog ini sebenarnya dalam usaha pembangunannya, tetapi kesibukan dan masa yang terbatas memungkinkan kelewatan blog ni disiapkan.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan semoga bulan ini kita penuhkan dengan amal.

Salam ramadhan...