Monday, May 31, 2010

Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 pada 31 Mei, Saya tujukan entry ini buat sahabat-sahabat saya..... saya sayang anda sebenarnya....



COPD Bakal Jadi Pembunuh Ketiga Terbesar





Ardi Rizal baharu berusia 2 tahun, tetapi merokok purata 40 batang rokok sehari.
 Dia mulai merokok seawal usia 18 bulan. Kalau tidak diberi, dia akan mengamuk.

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Awas perokok! Berhentilah daripada terus membakar duit dan paru-paru anda.

Anda mungkin tidak berasa apa-apa, tetapi jika bukan sekarang, akan datang, 10 atau 20 tahun dari sekarang, anda mungkin menambah senarai pesakit sekatan pulmonari kronik atau COPD.

Ketika itu, anda mungkin kehilangan upaya dan kualiti hidup akan terjejas. Ketika badan masih sihat, berjalan 10 meter hanya mengambil beberapa saat, tetapi ketika diserang COPD, jarak 10 meter itu mungkin menjadi jarak terpanjang untuk dihabiskan dalam hidup anda!

Ini diakui sendiri oleh penghidap COPD, Shahrom Zainal Abidin, 72, yang mula bersahabat dengan rokok ketika berada di tingkatan dua lagi. Sejak itu tiada hari dilaluinya tanpa rokok sehinggalah usianya mencecah 40 tahun,

Tiada amaran atau tanda. Sedar-sedar, Shahrom sering mengalami sesak nafas dan mudah penat. Dia kemudian disahkan menghidap asma dan batuk yang teruk menyebabkan dia mengurangkan rokok.

Puas mencuba meninggalkan tabiat merokok, akhirnya Shahrom berjaya. Namun ketika itu pada 2007, dia didiagnosis menghidap COPD dan dirujuk kepada Institut Perubatan Respiratori (IPR).

Keluar masuk hospital adalah perkara biasa ditambah kualiti hidupnya turut terjejas. Shahrom mengakui bukan sahaja dirinya, malah keluarganya turut menerima kesan daripada penyakitnya. Sesekali perasaan murung dan resah menghantui dirinya. Malah, tidur malamnya bukan lagi diulit mimpi, tetapi sering diganggu dengan batuk yang berpanjangan.

Keadaannya sangat tidak selesa terutama ketika dia membuat kerja berat. Batuknya berpanjangan dengan pengeluaran kahak serta sesak nafas menyebabkan banyak kerja tertangguh.

Kini, Shahrom menjadi 'pengunjung tetap' di IPR dan diletakkan di bawah seliaan Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin. Walaupun percakapannya kadang-kadang sukar difahami akibat kesan COPD, namun penderitaannya dapat dikawal dengan bantuan "oxygen concentrator."


PENYAKIT JANGKA PANJANG

Menurut Dr Aziah yang juga Pengarah IPR, COPD atau batuk perokok ialah sejenis penyakit jangka panjang dan boleh mengancam nyawa orang dewasa yang melebihi usia 40 tahun.

"Ia boleh terjadi tanpa sebarang tanda sehingga kerosakan yang teruk pada paru-paru.

"Jika dirujuk ke hospital, doktor mungkin akan mengatakan batuk yang berpanjangan itu ialah batuk rokok," jelas beliau.

Kebanyakan kes COPD terbentuk selepas pendedahan berpanjangan kepada jelaga paru-paru yang merosakkan paru-paru dan saluran udara, terutama sekali paip, cerut dan lain-lain asap tembakau. Bahkan, asap pasif turut menyakitkan paru-paru dan menyebabkan COPD.

Selain mengganggu tidur, pesakit juga akan mengalami sesak nafas walaupun hanya melakukan kerja harian seperti berjalan dan mendaki tangga. Saluran pernafasan perlahan-lahan menjadi sempit dan akhirnya menimbulkan rasa penat kerana setiap nafas yang ditarik memerlukan paru-paru bekerja kuat.

Pesakit lazimnya dikenal pasti melalui diagnosis dengan mengesan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal, x-ray dan memeriksa fungsi paru-paru.

"Cara paling berkesan untuk mengatasinya ialah dengan menghentikan tabiat merokok. Ada kes yang menunjukkan seorang pesakit yang berhenti merokok sejak berbelas tahun yang lalu. Walaupun menjalani gaya hidup yang aktif, COPD tetap menyerang. Penyakit ini tidak ada penawar tetapi mudah diurus dengan penggunaan oxygen concentrator," terang Dr Aziah.

Selain masalah kepenatan dan pernafasan yang sukar, COPD boleh menyebabkan komplikasi fizikal seperti jangkitan paru-paru yang kerap, kegagalan sistem pernafasan, lemah jantung dan pengurangan berat badan.

LAKUKAN UJIAN

Bagi perokok, tidak perlu menunggu sehingga tanda-tanda COPD muncul, sebaliknya langkah pencegahan awal dengan melakukan ujian fungsi paru-paru ialah langkah pertama yang perlu diambil.

Bagi mengesan penyakit ini, ujian yang sangat penting dan senang dijalankan ialah ujian fungsi paru-paru menggunakan mesin spirometri. Ujian ini mudah tanpa perlu suntikan atau ujian darah. Pesakit hanya perlu menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus keluar semua udara melalui satu tiub yang dipasang kepada mesin spirometer.

Ujian yang mengira kandungan udara di dalam paru-paru ini dapat mengesan penyakit COPD dan juga bagi menentukan tahap penyakit itu sama ada di peringkat sederhana, teruk dan sangat teruk.

Anggaran terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 2007, seramai 210 juta individu menderita akibat COPD dan 3 juta lagi meninggal dunia kerana COPD pada 2005. Ia membunuh lebih banyak nyawa berbanding HIV/AIDS. Menjelang 2030, WHO menjangkakan bahawa COPD akan menjadi penyebab kematian ketiga terbesar di dunia.

Kejadian COPD dijangka meningkat seiring dengan unjuran penggunaan tembakau. Di Malaysia, dijangkakan bahawa 50 peratus kaum lelaki merokok, manakala perokok wanita ialah 20 peratus daripada lebih 1 bilion penduduk dunia yang merokok.

Walaupun penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi COPD boleh dirawat secara berkesan. Doktor boleh membantu mereka yang hidup dengan COPD untuk memperbaik gejalanya dan memperlambat kerosakan pada paru-paru.

Ini membolehkan pesakit berasa lega malah mengizinkan mereka hidup aktif.

Bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 pada 31 Mei, WHO menjadikan sambutan tahun ini untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai akan bahaya penggunaan tembakau.

WHO turut melihat amalan perniagaan syarikat tembakau dan apa yang boleh dilakukan untuk melawan gejala tembakau.

Malah WHO juga ingin mengajak masyarakat di seluruh dunia memikirkan apa yang boleh dilakukan bagi menuntut hak mereka ke atas kesihatan, hidup sihat dan melindungi generasi masa depan.

-- BERNAMA--

Saturday, May 29, 2010

Badminton Persahabatan

SMK Seri Lalang VS SMA Pt. Raja

Hj Anuar sambutlah bulu tangkis ni,.. hu hu hu..

Bukan Servis Kuda ni...

Drop maut Mr. Low

Mr. Mail dengan jumping smash
(Lepas ni cari Wak Mainlah...urutlah gamaknya)


Pada 27 Mei 2010 yang lalu, bertempat di Dewan Badminton Tionghua Pt. Raja, satu perlawanan persahabatan badminton telah berlangsung di antara SMK Seri Lalang dengan SMA Pt. Raja (bekas sekolah lama saya). Dalam perlawanan tersebut SMKSL telah memenangi semua 5 perlawanan. Tahniah diucapkan kepada semua, semoga ukhuwah persahabatan ini terus terjalin...

Pingpong Tertutup SMKSL

Mr Mail Juara Siam

Pengadil yang suka beri kad merah

Gaya Selamba Mr. Azlan & Typewriter

Laju betul bola ni... 240 km/j

Serius betul ni...

Aper ajer yang di buat Abang Misai ni?...

Boleh lapor kat SPRM ni...

Hasil kejohanan... ha ha ha jangan marah yer....


Kejohanan Pingpong tertutup SMKSL telah diadakan sempena hari guru 2010, penyertaan pada kojohanan ini amat menggalakkan dan perserta memang hebat-hebat belaka. Berikut keputusan kejohanan:

Acara Single:
Johan : Mr. Elias
N. Johan: Mr. Mohd Faizal
Ke-3 : Mr. Rahimi
Ke-4 : Mr. Hisham

Acara Double:
Johan : Mr. Elias / Mr Razali

N. Johan: Mr. Hisham / Mr. Ismail
Ke-3 : Mr. Faizal / Mr. Selamat
Ke-4 : Mr. Ann / Mr. Azlan

Selamat Hari Lahir

Ulang Tahun Pertama Shahir Farhan b. Lailisan

Tahniah juga untuk Mr Lailisan @ Mdm. Fatimah

Sabarlah Faiz... kalau ada rezeki adalah ...

Baby Fitriah tumpang seronok sambut birthday sepupunya

Menunggu Kek dipotong...

Birthday boy bersama Mak Long Sarimah dan Mak Usu Ina, & Cik Ema

Shahmir Farhan sempat memainkan beberapa buah lagu


Lama dan nak upload gambar-gambar ni tapi masa tak mengizinkan. Sambutan Hari Lahir Pertama Shahir Farhan b. L.kpl. Lailisan di Penjara Simpang Renggam.

Kasut oh kasut






Kasut ini merupakan milik seorang pelajar saya di salah satu kelas tingkatan 3. Cuma yang saya tidak faham kenapa kasut yang menjadi mangsa. Mungkinkah tekanan peperiksaan menjadi puncanya. Ya Allah selamatkanlah anak murid ku daripada kebinasaan.

Thursday, May 20, 2010

Animasi, Anak-anak Kita dan “Subliminal Message”



Sekadar untuk berkongsi satu info yang sangat penting untuk kita semua ambil tahu. Info ini sebenarnya disampaikan pada saya oleh salah seorang peserta Seminar Evolusi Minda iaitu Saudara Faris Iskandar daripada Putrajaya. Saya mengucapkan terima kasih atas perkongsian info yang amat berguna ini. Terima kasih En Faris.

Hari ini ramai ibu bapa yang begitu ghairah membelikan anak-anak mereka CD kartun animasi yang diterbitkan oleh salah satu penerbit filem animasi terkenal bertaraf antarabangsa. Antara sebab utama adalah kerana kartun-kartun terbitannya sangat berkualiti dan mempunyai banyak pendidikan moral di dalamnya. Penerbit ini kononnya menitik beratkan soal setia kawan, daya juang yang tinggi, yakin dengan permintaan, dan ini semua adalah ciri-ciri positif yang patut kita tanamkan dalam diri anak-anak kita. Namun tanpa kita sedari dalam baik mereka telah menggunakan kehebatannya kartunnya untuk merosakkan dan menceroboh pemikiran anak-anak kita. Bagaimana ini berlaku?

Mari kita lihat antara contoh filem animasi terbitan mereka yang sangat hebat pendidikan di dalamnya tetapi pada masa yang sama menceroboh minda anak-anak kita dengan perkara yang di luar sangkaan. The Lion King, adalah satu filem animasi yang sangat hebat, di dalam filem itu diajarkan banyak perkara tentang kehidupan, setia kawan, berjiwa kental, sayangkan keluarga, malah terlalu banyak sehingga bukan sahaja anak-anak mengaguminya tetapi orang dewasa juga amat terpengaruh dengan cerita tersebut.

Dalam keseronokan menonton rupa-rupanya minda kita di ceroboh dengan perkataan-perkataan yang merosakkan, tanpa disangka mereka menyelitkan beberapa unsur yang tidak baik di sebalik setiap frame cerita. Di bawah ada saya sertakan pautan video youtube (http://www.youtube.com/watch?v=1Xm1V-9xfjU&feature=player_embedded) untuk pembaca melihat sendiri bagaimana penerbit ini secara diam merosakkan akhlak penonton tanpa disedari. Mereka menggunakan teknik yang dikenali sebagai “Subliminal Message”.

Apa itu Subliminal Message?


Subliminal Message merupakan isyarat atau message yang ditanam dengan cara atau medium berlainan dan direka cipta khas untuk menembusi had biasa minda dan persepsi manusia. Message ini tidak dapat di kenal pasti oleh minda sedar tetapi dalam beberapa keadaan atau situasi ia mampu mempengaruhi minda separa sedar dan mengakibatkan pengaruh positif atau negatif bergantung kepada message yang dihantar. Individu yang dipengaruhi oleh subliminal message ini kemudiannya akan dengan sendirinya bertindak balas melalui samada pemikiran, tindakan, kelakuan, perangai, sistem kepercayaan dan nilai-nilai murni. Terma subliminal berasal daripada perkataan Latin. ‘Sub’ bermaksud ‘bawah’ dan ‘limen’ bermaksud ‘ambang’. Ini bererti subliminal message mampu menerobos minda di bahagian bawah tanpa memasuki pintu atau laluan yang betul. Maknanya, masuk terus ke minda separa sedar tanpa melalui minda sedar.

Subliminal ini dipancarkan dengan kadar yang sangat laju iaitu antara 16 – 24 milisaat. Namun pengaruh yang dilakukan oleh subliminal message ini sangat hebat. Sebenarnya jika kita tahu cara penggunaan subliminal message tersebut mampu kita gunakan untuk perkara-perkara yang positif. Pengaruh subliminal message ini amat kuat dan kesannya amat nyata pada individu itu. Kerana itu banyak syarikat pengiklanan menggunakan teknik ini untuk mempengaruhi pengguna yang menonton iklan mereka sama ada di televisyen atau panggung wayang. Jadi sebagai ibu bapa kita jangan membiarkan anak-anak kita terlalu suka menonton iklan atau kartun terutama kartun daripada luar.

Malangnya, ibubapa hari ini terlalu mengambil ringan kerana kurangnya pengetahuan terhadap perkara ini. Ibu-ibu terutamanya, akan memasangkan CD kartun berulang kali untuk ditonton oleh anak-anak mereka terutama yang berusia kurang daripada 6 tahun. Anak-anak kita sejak lahir sehingga berusia 6 tahun membesar dengan menggunakan minda separa sedar. Apatah lagi ketika menonton sememangnya minda separa sedar yang berfungsi dengan lebih aktif, kerana ia berada dalam gelombang alpha. Inilah kesempatan yang diambil oleh mereka untuk merosakkan minda anak-anak kita.

Subliminal Message dalam bentuk gambaran lucah

Manakala ibu-ibu pula menggunakan cara ini untuk mengkhayalkan anak-anak mereka dengan tujuan tidak mengganggu tugasan ibu-ibu. Sepatutnya ibu-ibu tidak mengambil perkara ini sambil lewa kerana ia melibatkan masa depan generasi baru. Sebab itu ramai anak-anak kita runtuh akhlaknya, lembab pemikirannya, dan banyak lagi sifat yang negatif lahir daripada sikap sambil lewa ini.

Untuk makluman subliminal message ini juga digunakan oleh pendakyah agama lain untuk mempengaruhi orang Islam. Hal ini telah lama berlaku, dan oleh yang demikian kita hendaklah mempunyai kesedaran tentang subliminal message ini dan ilmu minda separa sedar. Jangan jadi manusia yang malas untuk ambil tahu hal-hal terkini, akibatnya bangsa kita akan mudah tertipu dengan kemajuan teknologi minda bangsa asing. Ini adalah punca kejatuhan akhlak dan moral, kedegilan, serta kemerosotan kehidupan bangsa kita. Sampai bila kita hanya menjadi MANGSA kepada bangsa lain, sedangkan mereka semakin maju, kita semakin mundur dan jatuh.

Jika dilihat akan hal ini sejauh mana hendak kita nafikan ilmu minda separa sedar. Sedangkan musuh-musuh kita telah menggunakannya secara berleluasa tetapi kita masih leka dan alpa dengan perkara yang mengkhayalkan. Selama mana kita harus kita berdiam diri dan diperbodohkan. Fikir-fikirkanlah.




Tuesday, May 18, 2010

Album Lama

Di Air Terjun Gabai Bersama-sama Teman Sepenyewaan
di rumah Pakcik Mahmud Semasa Belajar di UPM.


Tahun Pertama di UPM (Kolej ke 6 - 204 Salak)


Dulu ke Kuliah berbasikal sahaja.
(Falkulti Pendidikan)

Semasa di SMK Ayer Baloi (Kelas 3 Segar - 1991)

Di SMK Ayer Baloi (Kelas 5 Maju - 1993)

Di SMK Benut (6 Rajin - 1995)

Saya Pun Pernah Menjadi Petani Juga.

Bila Dah Berkerjaya - Pantai Pasir Lanun

Sesekali menyelak album lama terimbau kenangan semasa sekolah dan kurus dulu. Kawan-kawan mati-mati tidak percaya yang saya dulu pernah kurus. Sekarang ni pun bukan besar mana ha ha ha...

Projek Stiker




Untuk mengelakkan orang bukan-bukan masuk ke sekolah ni dengan urusan mengganggu cikgu-cikgu kat bilik guru, ada guru mencadangkan supaya syarikat dan individu yang biasa dengan sekolah di bekalkan stiker supaya pihak keselamatan boleh mengecam mereka. Dua contoh cadangan stiker yang boleh digunakan agak-agak mana lebih menarik? Design seterusnya akan saya muat naik kalau ada kesempatan... Projek ni akan diswastakan kepada Tunas Bestari.

Al Fatihah

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada Ustaz Md. Khair bin Sarikin atas pemergian bondanya pagi tadi. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini dan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan saya dan sahabat-sahabat petang tadi. Moga roh bonda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mendapat balasan surga Allah hendaknya. Amin.... al Fatihah.

Selamat Hari Guru

Buat rakan-rakan di SMK Seri Lalang dan SMA Parit Raja, Selamat Hari Guru...

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA,
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Sempena hari guru yang akan disambut pada 16 Mei 2010 ini saya ingin berkongsi sedikit bahan renungan sebagai panduan kita bersama.

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?” Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!” Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.

Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.

Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.” “Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” “Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.

Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.

Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar. “Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?” “Bekerjalah dengan gigih.

Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…” “Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!” “Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Wallahu’alam….. sekadar ingin berkongsi dengan semua warga pendidikan yang diadaptasi daripada sahabat dari Pulau Mutiara. Sebarlah kepada sesiapa yang ingin kita kongsikan renungan ini.

Petikan asal:

Friday, May 14, 2010

Nombor-nombor Hebat Kereta Malaysia






















Dalam pada ketika masih banyak sahabat-sahabat kita dihimpit kehidupan perit masih ada lagi individu yang meleburkan duit semata-mata untuk nombor. Rakyat Malaysia memang kaya-kaya. Ada tak agaknya kereta cikgu yer?